Lynn Bisnes

Sila Beri Perhatian!!!!

SILA MESEJ DAHULU UTK PERTANYAAN SBB KEBANYAKAN PRODUK SAYA STOP DROPSHIP.....

DISEBABKAN KESEMPITAN MASA DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA TUGAS HAKIKI TERPAKSA SAYA HENTIKAN SEMENTARA BISNES DROPSHIP INI.

KECUALI PRODUK BELLYNA (FOCUS 1 PRODUK)

Rabu, 8 April 2015

Kopi Batin V'Asia


Harga :- RM25.00
Postage RM7(sem)/RM10(ss)

Kopi Batin keluaran V’Asia merupakan kopi pracampuran yang diadun menggunakan biji kopi Arabika bersama kebaikan kolagen dan vitamin C bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. 

Kopi Batin keluaran V’Asia turut diperkaya dengan herba tradisional seperti Tongkat Ali, Maca, Butea Superba dan Saw Palmetto khusus untuk menjana hormon testosteron bagi membantu anda tampil lebih maskulin dan perkasa.

KHASIAT KOPI BATIN

  •          Membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  •          Menjana penghasilan hormon testosteron
  •          Merawat masalah kesuburan para suami
  •          membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual
  •          Mengatasi masalah ereksi
  •          Meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma
  •          Menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat
  •          Meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit
  •          Mengukuhkan tulang, otot dan sendi
  •          Mengurangkan paras kolestrol
  •          Menstabilkan tekanan darah
  •          Mengatasi masalah kelesuan
  •          Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  •          Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN KOPI BATIN

Kopi Arabica Colombia: Biji kopi Arabika yang diperoleh dari spesis coffea arabica dari tanah tinggi Ethiopia seterusnya diproses di Colombia ini ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat.  tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
Kopi Brazil: Kopi yang diproses di negara Brazil ini melalui cara pengeringan selama 8 hingga 10 hari setelah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, buah kopi atau coffea yang telah dikeringkan dibuang kulitnya manakala bijinya pula dipilih, digred dan dibungkus. Biji kopi yang kaya dengan khasiat B-kompleks, potassium, mangan dan magnesium ini terbukti khasiatnya untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan di mana ia bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah turut berupaya mengurangkan risiko serangan kanser, kencing manis, strok mahupun kanser.
Gula Perang: Kandungan mineral di dalam gula perang adalah lebih tinggi daripada gula biasa yang telah diproses kerana gula perang mengandungi molas iaitu sejenis sirap pekat yang membantu mengekalkan rasa dan struktur asal gula tebu. Di samping membantu memelihara kulit, gula perang turut membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan.
Krimer: Krimer ini terhasil daripada susu lembu serta mengandungi karotenoid yang bukan sahaja berfungsi menambah rasa manis ke dalam minuman, malah berupaya mengurangkan risiko serangan kanser, menstabilkan tekanan darah, memelihara kecantikan kulit di samping membantu membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan.
Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
Guarana: Guarana merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Amazon serta kaya dengan kebaikan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Selain berupaya memelihara sistem saraf, guarana turut mengandungi tannin, alkaloid dan catechin yang bertindak sebagai agen antioksida bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh seterusnya menentang serangan penyakit. Ia juga berupaya meningkatkan tahap kecergasan tubuh, mengatasi keletihan, membantu merawat masalah kesuburan serta merangsang tenaga seksual.
Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon, menggalakkan kesuburan serta membantu mengatasi masalah ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki di samping menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak di dalam tubuh, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
Lingzhi: Cendawan ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Cendawan Lingzhi atau Ganoderma lucidum mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein di dalam badan serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharide dan triterpene yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit.Di samping memelihara organ hati daripada kerosakan, Lingzhi juga berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah.
Foaming: Foaming atau busa (buih) sering digunakan di dalam produk makanan bagi memberikan tekstur lembut kepada makanan. Foaming terhasil melalui gabungan gas bersama bahan penstabil seperti agar-agar dan lecithin serta boleh hadir dalam bentuk krim putar, mousse dan meringue.
Butea Superba: Herba yang berasal dari Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
Horny Goat Weed (Epimedium Sagittatum): Herba epimedium sagittatum sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
Goji: Buah goji yang tinggi kandungan antioksidan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah turut berupaya menjana tahap hormon testosteron seterusnya meningkatkan keinginan dan fungsi seksual lelaki, di samping membantu menggalakkan kesuburan serta membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma para suami.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Di samping itu, ia juga ternyata mampu memelihara kehalusan dan keanjalan bibir anda di samping membantu meningkatkan tahap metabolisme yang berperanan menukar makanan kepada tenaga seterusnya membantu anda mengawal masalah berat badan yang berlebihan.
Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN KOPI BATIN

  1.      Bancuh 1 paket Kopi Batin bersama secawan air suam.
  2.      Kacau sehingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  3.      Amalkan setiap pagi atau petang bagi kecergasan yang berpanjangan.
 
Kandungan 1 Jar = 10paket

0 ulasan: