Lynn Bisnes

Sila Beri Perhatian!!!!

SILA MESEJ DAHULU UTK PERTANYAAN SBB KEBANYAKAN PRODUK SAYA STOP DROPSHIP.....

DISEBABKAN KESEMPITAN MASA DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA TUGAS HAKIKI TERPAKSA SAYA HENTIKAN SEMENTARA BISNES DROPSHIP INI.

KECUALI PRODUK BELLYNA (FOCUS 1 PRODUK)

Rabu, 8 April 2015

Kopi Dara V'Asia


Harga :- RM25.00
Postage RM7(sem)/RM10(ss)


Kopi Dara keluaran V’Asia merupakan kopi pracampuran yang diadun menggunakan biji kopi Arabika bersama kebaikan kolagen dan vitamin C bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. 

Kopi Dara keluaran V’Asia turut diperkaya dengan herba tradisional seperti Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, Manjakani serta Habbatus Sauda khusus untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita di samping membantu menyerlahkan lagi keanggunan dan kejelitaan anda.

KHASIAT KOPI DARA

  •          Membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  •          Memelihara kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman
  •          Menyerlahkan lagi kejelitaan anda dari dalam
  •          Menyingkirkan toksin
  •          Mengekalkan keremajaan kulit
  •          Meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit
  •          Membantu meningkatkan kecerahan kulit
  •          Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran toksin
  •          Membentuk tubuh badan yang menawan terutamanya di bahagian punggung dan payudara
  •          Mengetatkan otot faraj
  •          Membantu merawat masalah keputihan, senggugut, kekejangan otot rahim serta kelesuan terutamanya ketika haid
  •          Mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur
  •          Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual bagi para isteri
  •          Melambatkan proses penuaan serta simptom menopaus
  •          Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit
  •          Membantu mengurangkan risiko serangan kanser

KANDUNGAN KOPI DARA

Kopi Arabica: Biji kopi Arabika yang diperoleh dari spesis coffea arabica dari tanah tinggi Ethiopia ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat. Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
Gula Perang: Kandungan mineral di dalam gula perang adalah lebih tinggi daripada gula biasa yang telah diproses kerana gula perang mengandungi molas iaitu sejenis sirap pekat yang membantu mengekalkan rasa dan struktur asal gula tebu. Di samping membantu memelihara kulit, gula perang turut membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan.
Foaming: Foaming atau busa (buih) sering digunakan di dalam produk makanan bagi memberikan tekstur lembut kepada makanan. Foaming terhasil melalui gabungan gas bersama bahan penstabil seperti agar-agar dan lecithin serta boleh hadir dalam bentuk krim putar, mousse dan meringue.
Krimer: Krimer ini terhasil daripada susu lembu serta mengandungi karotenoid yang bukan sahaja berfungsi menambah rasa manis ke dalam minuman, malah berupaya mengurangkan risiko serangan kanser, menstabilkan tekanan darah, memelihara kecantikan kulit di samping membantu membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan.
Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Di samping itu, ia juga ternyata mampu memelihara kehalusan dan keanjalan bibir anda di samping membantu meningkatkan tahap metabolisme yang berperanan menukar makanan kepada tenaga seterusnya membantu anda mengawal masalah berat badan yang berlebihan.
Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.
Akar Serapat: Akar serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
Pinang: Buah pinang mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, tumbuhan ini juga terbukti berkesan merawat masalah senggugut, mengetatkan bahagian intim wanita selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN KOPI DARA

  1.      Bancuh 1 paket Kopi Dara bersama secawan air suam.
  2.      Kacau sehingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  3.      Amalkan setiap pagi atau petang bagi kecergasan yang berpanjangan.

Kandungan 1Jar = 10Paket



0 ulasan: